Catatan Popular

Rabu, 26 Januari 2011

Nukilan...

Lara Plastik Hitam

Si Puteh merengek

Dahagakan air

Dahagakan makanannya

Si Puteh merobek lagi

Aman dan selesa

Bersemayam dalam timbunan

Bagai tak mengerti jelinganku

Si Puteh gembira bermain

Ku sembur deras air jernih itu

Hanyut bersama dia

Jijik seakan selesa

Meraja si Puteh laksana tuannya

Bau menyuntik deria

Menyengat ke sukma

Galau mataku dek timbunan itu.

14 Jan 2011

10pm

KUAZ

Komen Karya

Sebuah Filem... yang mempunyai nilai dalam menguji kecintaan kita kepada Allah berbanding tuntutan nafsu dan dunia yang sementara.
Maafkan aku Tuhan kerana tidak sempurna mencintai-MU

Nukilan...

Menjatuhkan atau Dijatuhkan?

Adik kecil itu mengesak tangis

Korneaku mencanak seketika kepadanya

Kotak suaranya berbaur kerisauan

Resah tak menentu

Madah itu dibimbanginya

Suara-suara sumbang itu menghantuinya

Fikirannya disaluti ketakutan

Berpaksi pada realiti kehidupan

Pantasnya telingaku menelan kisah

Disemak sekeping hati

Membenam lava api ke bumi

Haruskah ada manusia bermulut naga

Mencerlung api ke mana suka

Usah gusar adik kecilku

Kuatkan cita demi mutiara jiwa

Pasti lenyap suara sumbang itu

Padam api malaplah ia.