Catatan Popular

Jumaat, 9 April 2010

Motivasi bg seorang insan..

Ayat2 tashji’ bagi seorang penulis..

“Tetapi diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram. Nyatanya bagi orang yang berehat dengan menulis, selagi tulisan belum dilangsaikan, tiada rehat dan tiada tenteram untuk selimut malam.”

Mendidik bukan tugas yang mudah. Kesukarannya ibarat matahari berada di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan. Tersalah bawa, matahari akan membakar. Tetapi jika betul caranya bulan akan menyinari kehidupan bukan sahaja diri pendidik tersebut bahkan menyuluhi kegelapan insan yang diajari atau dididik.

Usaha menyampaikan ilmu bukan semudah menyuapkan nasi ke mulut seorang bayi yang akan menelan apa sahaja yang kita suapkan lalu mereka akan kenyang. Apa yang kita suapkan kepada pelajar akan dipertanggungjawabkan kelak di alam akhirat. Bahkan di alam fana' inipun, tanggungjawab akan tetap dipersoalkan apabila bibit-bibit penyelewengan berlaku dalam menyampaikan ilmu.

Tugas mendidik perlu pada ikhlas diri dan kejernihan minda mengutip dan menjelaskan kepada pelajar. Setiap titisan ilmu yang kita curahkan kepada pelajar adalah milik Allah semata. Titisan ilmu yang berjaya kita kutip dari ilmu Allah yang begitu luas hingga tidak mampu untuk kita menerokainya. Lantaran itu, jangankan sombong dengan ilmu dan pangkat, malah hendak mendabik dada bahawa kita golongan 'ilmuan' pun tidak layak sama sekali.

Renungan ini sekadar muhasabah buat diri dan pelajar-pelajar. Tuntutlah ilmu sebanyak mana untuk mencari kebenaran dan kehebatan ilmu Allah SWT. Agar kita akan merasai kekerdilan seorang insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan