Catatan Popular

Khamis, 29 April 2010

Cerpen; _Tinta hati seorang Isteri_


Lewat pertemuan itu, di Outreach, Angkatan Belia Malaysia(ABIM) menjadi lokasi Julian Paul Harding bagi menuntut ilmu agama. Tempat itu juga telah menemukan Paul dengan aku. Pengenalan awal melalui ruang maya tanpa dirancang sehingga bermulanya sebuah hubungan baik antara kami. Aku sering menceritakan perkhabaran serta minat Paul yang mendalam terhadap Islam kepada teman baikku. Sengringkali itu jua, Husna selalu mengingatkan aku, banyak risiko yang akan aku hadapi jika telah jatuh hati pada Paul sebab dia masih baru memeluk Islam dan latarbelakang budaya, bahasa dan adat sangat berbeza dengan budaya setempat masyarakat Malaysia. Pandangan sinis kawan-kawan sekuliah, pasti mengatakan” tak cukup ke lelaki Melayu di kampus ini?”
Aku atau lebih dikenali dengan Fara tetap meneruskan hubungan baik dengan Paul. Aku sering berdiskusi dengan Paul tentang hal-hal fardhu ain dan perkara yang berbangkit mengenai Islam dan perbezaan dengan agama Paul dahulu. Niat untuk meneruskan dakwah pada Paul tetap aku teruskan, namun meminta seribu satu pengalaman yang aku perlu tempuhi tambahan pula sebagai seorang penuntut tahun akhir di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Banyak pertemuan antara aku, ustaz dan ustazah di jabatanku bagi berkongsi pandangan. Aku dahagakan galakan dan tunjuk ajar mereka untuk meneruskan usaha dakwah ini.
Sukar sebenarnya, bilamana teman baik kita tidak menyokong apa yang kita lakukan. Seringkali jua aku bermonolog dalam hati “apakah yang aku lakukan ini melanggar hukum syara’?”..Pada suatu petang, aku mahu temanku menemaniku untuk berjumpa dengan Paul. Namun, perit rasanya hati ketika teman baik sendiri melafazkan kata nista kerana dia sangat tidak setuju hubunganku bersama Paul. Kosong rasanya jiwa bila teman untuk aku curahkan segala isi hati sudah tidak sudi lagi menjadi pendengar setiaku. Hanya kepada Khaliq kupanjatkan doa dan meluahkan rasa. Acapkali kubicara denganNya tanpa rasa penat dan jemu, dalam setiap sujudku, tidak pernahku lupakan agar suatu hari nanti teman baikku dapat memahami tujuan aku berkawan dengan Paul.
Akhirnya aku dan Paul telah mengambil keputusan untuk membina mahligai kasih. Tekad dan harapan yang tinggi kunyatakan dalam diri. Ini semua kerana Dia.Bukan harta.Bukan glamor. Atas keterbatasan pergaualan yang agak menyukarkan Paul untuk mempelajari Islam denganku. Lalu, atas persetujuan dan sokongan keluarga telah merestui perkahwinan kami.
Bermulalah episod baru kehidupanku sebagai isteri kepada Paul. Banyak perkara yang aku pelajari mengenai adat dan budaya dari keluarga sebelah suamiku.Maklum sahajalah kehidupan masyarakat Muslim di negara Eropah selama ini yang kutonton hanyalah dari kaca televisyen. Namun kini diriku adalah sebahagian daripada mereka. Oh Tuhan semua ini tidak pernah kuduga dan kumimpi! Sungguh besar anugerahMU. Nikmat kehidupan di rantau orang amat kusyukuri. Ternyata firman ALLAH itu benar...SURAH AL HUJURAT..Masya ALLAH!
Hari-hari yang kulalui banyak mematangkan diri dalam membuat keputusan dan bertindak. Apa kata orang, CINTA ANTARA BENUA. Apa tidaknya, perkahwinan campur ini sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi. Aku jua banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan saudara baru dan perkahwinan . Jadi, apabila menghadapi masalah,cuba untuk mengatasinya melalui pengalaman orang lain dan mengadakan perbincangan dua hala dengan suami tersayang, diawal perkahwinan banyak kesan yg dihadapi antaranya seperti isu pertembungan budaya,cara hidup, makan namun aku yakin dan percaya toleransi bersendikan Syari’ah mampu menyelesaikan segalanya. Namun, apa yg penting, harus sentiasa berdoa kepaa Allah dan bertawakal.
Tambah menguatkan lagi keyakinanku pada Pencipta, kerana niat yang ikhlas dalam perkahwinan untuk mengembangkan Islam dibumi ini, lalu seringkali aku rasa terpujuk setiap kali menyingkap tafsir Al-Quran. Kisah Para Anbia dalam perjuangan dakwah mereka lebih besar ujiannya jika mahu dibandingkan usahaku ini. Kesyukuran kpanjatkan pada Allah selaku hambanya yang lemah. Tanpa kekuatan dari-NYA tak mungkin kisahku tercoret sebegini.
Gembira rasanya hati bila suami tercinta talah mampu mengimamkan solat fardhu kami secara berjemaah, banyak surah dari juzu Amma telah dihafaz suamiku. Alhamdulillah, suamiku jua secara terbuka melakukan perintah puasa zakat sepertimana muslim yang lain. Suamiku jua begitu menyenangi dengan budaya di Malaysia dan telah jatuh hati dengan makanannya jua. Serunding dan rendang menjadi makanan kegemarannya..
Segala Puji bagi ALLAH,genap tahun ketiga perkahwinanku, aku melahirkan zuriat pertama.Nyata suamiku orang yang paling tidak sabar dan girang menanti puteri sulung kami yang bernama Khawla Humairaa' . Sewaktu aku menyambut kelahiran bayi comelku. Aku telah menerima tetamu yang tidak disangka, setelah sekian lama kami berpisah membawa haluan masing-masing. Husna suatu masa dulu merupakan teman sebilikku telah datang menziarahiku, Masya-Allah.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya hatiku. Walaupun pemergian aku dulu dengan seribu satu kemaafan yang kuhulurkan, tapi hari yang bersejarah ini telah menyambungkan semula ukhwah antara kami yang sekian lama menyepi. Husna memohon maaf atas apa yang dilakukan kepadaku selama ini, temanku jua bangga dengan usaha dakwahku yang kiranya telah berjaya menjejak ke matlamatnya dalam menyebar luaskan Islam. Kami berpelukan dan menitiskan air mata saat dua hati ini ditemukan semula. Semoga setiap yang berlaku punya hikmah yang besar untuk Iman dan Islam…Segala puji bagi ALLAH!

Nukilan;
Nailah Mumtazah
7 April 2010
Shukran atas sokongan kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan