Catatan Popular

Sabtu, 23 Oktober 2010

Puisi :MENANTI

Gempa Bumi di Haiti menyentak kesuma,

Teka teki mula bercanda,

Simpulan terpahat di tangkai jiwa,

Lupakah pada aku?

Tika bersua,

Terasa pecutan masa,

Bersama secangkir harapan,

Lupakah pada aku?

Hasil Nukilan; farafisyah_imtiyaz

22 Jan 2010

1.20 tengahari

Puisi: Jiwa yang hilang..

Tanggal 12 Jan 2010,

Saat Dunia Mengira detik,

Tahun baru bagai semalam terasa,

200,000 Ribu nyawa hilang dalam igauan ngeri,

Haiti meniti di bibir dunia,

Gegar terus membaham Istananya,

Epilog ini terlipat dalam sejarah dunia,

Siapa menduga Haiti dilanda gempa,

Selepas di Yogkarta, Thailand, India

Kerdilnya kita ,

Hakikatnya Bumi ini ada Pemiliknya,

Ingatan pada yang berkelana,

Pasti Kembali bertemu Sang Pencipta,

Mengendong bakul amalan,

Moga Firdausi destinasi kita.

By; Nailah Mumtazah

11.45pm KKTAZ

7 Feb 2010

Ahad, 2 Mei 2010

~Allah masih sayangkan kita~


Gambar disebelah,,,jika dilihat dan difikirkan....mungkin terasa kesakitannya kepada empunya tangan..


Taqdir telah menentukan segalanya..aku bersama teman rapatku menaiki motor skuter PHR 2787 selepas pulang dari menziarah arwah kawan abah di PPUm berkonvoi dengan Mus..

Lingkungan masa 8.30mlm..sementara azan isya' berkumandang..kami yang dalam perjalanan ke SKET. Niat dihati masing2 mau melihat result APK & HuB.Etnik.
Tapi perancangan Allah telah melangkaui segalanya..Sedang Husna bertanyakan kepada aku arah jalan yang terdekat untuk menuju ke SKET. Tiba-tiba dunia sepi dan kelam...aku yang boleh dikatakan sedar terus cuba mengangkat Husna ke tepi jalan, ya kami kemalangan rupanya..

Allahuakbar, dalam percaya atau tidak..aku mahu Husna bangun duduk di bahu jalan. Aku khuatir ada kereta di belakang kami. Alhamdulillah walaupun aku nampak kenderaan bergerak tapi kebanyakan mengambil lorong kiri, berbeza dengan kami. Seorang lelaki yang mungkin menanti teksi berhadapan bangunan bioperubatan telah menolong mengangkat motor dan mengambil kasutku di tengah jalan. Aku yang agak tenang, sedaya upaya menaaul minda kelam, apa yang aku patot lakukan untuk membantu Husna. Temanku teresak dalam kebingungngan, "na, kenapa nie? kita kat mana?"...aku cuba menenangkannya walaupun agak cuak melihat titisan darah yang mula mengotori tudung dan bajunya. Aku peluknya sementara mungkin pengubat kebingungan>>Nastaghfirullahal'azim...

Dalam pada itu, pakcik Indonesia yang bertanyakan keadaan perlukan rawatan @ mahu ke hospital?? aku gagal membuat kptsn sesegera itu. Aku mencari hp terus mendail Mus. Ringkas perbualan aku " Mus, kami excident depan bioperubatan". Mus yang kala itu antara percaya atau tidak, sebenarnya menunggu kami di persimpangan menuju ke SKET. Terus membuat pusingan menuju ke tempat kejadian. Sepenglihatan aku, sebuah kereta hitam NAQ telah berhenti dan lelaki berbaju hitam berseluar paras lutut bertanyakan pada aku mahu ke PPUM atau tidak? Memandangkan darah di dagu dan bibir HUsna, aku terus berkata " ya, kita ke PPUM".

Setelah memastikan motor Husna dalam keadaan yang selamat, aku dan Mus bergegas ke Bahagian Trauma dan kecemasan PPUM. Tiba di sana kami berdua terus mencari kelibat Husna. Dia seperti kehilangan sesuatu dan masih samar disitu.._apakah yang berlaku seterusnya...??nantikan sambungan.

Khamis, 29 April 2010

Cerpen; _Tinta hati seorang Isteri_


Lewat pertemuan itu, di Outreach, Angkatan Belia Malaysia(ABIM) menjadi lokasi Julian Paul Harding bagi menuntut ilmu agama. Tempat itu juga telah menemukan Paul dengan aku. Pengenalan awal melalui ruang maya tanpa dirancang sehingga bermulanya sebuah hubungan baik antara kami. Aku sering menceritakan perkhabaran serta minat Paul yang mendalam terhadap Islam kepada teman baikku. Sengringkali itu jua, Husna selalu mengingatkan aku, banyak risiko yang akan aku hadapi jika telah jatuh hati pada Paul sebab dia masih baru memeluk Islam dan latarbelakang budaya, bahasa dan adat sangat berbeza dengan budaya setempat masyarakat Malaysia. Pandangan sinis kawan-kawan sekuliah, pasti mengatakan” tak cukup ke lelaki Melayu di kampus ini?”
Aku atau lebih dikenali dengan Fara tetap meneruskan hubungan baik dengan Paul. Aku sering berdiskusi dengan Paul tentang hal-hal fardhu ain dan perkara yang berbangkit mengenai Islam dan perbezaan dengan agama Paul dahulu. Niat untuk meneruskan dakwah pada Paul tetap aku teruskan, namun meminta seribu satu pengalaman yang aku perlu tempuhi tambahan pula sebagai seorang penuntut tahun akhir di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Banyak pertemuan antara aku, ustaz dan ustazah di jabatanku bagi berkongsi pandangan. Aku dahagakan galakan dan tunjuk ajar mereka untuk meneruskan usaha dakwah ini.
Sukar sebenarnya, bilamana teman baik kita tidak menyokong apa yang kita lakukan. Seringkali jua aku bermonolog dalam hati “apakah yang aku lakukan ini melanggar hukum syara’?”..Pada suatu petang, aku mahu temanku menemaniku untuk berjumpa dengan Paul. Namun, perit rasanya hati ketika teman baik sendiri melafazkan kata nista kerana dia sangat tidak setuju hubunganku bersama Paul. Kosong rasanya jiwa bila teman untuk aku curahkan segala isi hati sudah tidak sudi lagi menjadi pendengar setiaku. Hanya kepada Khaliq kupanjatkan doa dan meluahkan rasa. Acapkali kubicara denganNya tanpa rasa penat dan jemu, dalam setiap sujudku, tidak pernahku lupakan agar suatu hari nanti teman baikku dapat memahami tujuan aku berkawan dengan Paul.
Akhirnya aku dan Paul telah mengambil keputusan untuk membina mahligai kasih. Tekad dan harapan yang tinggi kunyatakan dalam diri. Ini semua kerana Dia.Bukan harta.Bukan glamor. Atas keterbatasan pergaualan yang agak menyukarkan Paul untuk mempelajari Islam denganku. Lalu, atas persetujuan dan sokongan keluarga telah merestui perkahwinan kami.
Bermulalah episod baru kehidupanku sebagai isteri kepada Paul. Banyak perkara yang aku pelajari mengenai adat dan budaya dari keluarga sebelah suamiku.Maklum sahajalah kehidupan masyarakat Muslim di negara Eropah selama ini yang kutonton hanyalah dari kaca televisyen. Namun kini diriku adalah sebahagian daripada mereka. Oh Tuhan semua ini tidak pernah kuduga dan kumimpi! Sungguh besar anugerahMU. Nikmat kehidupan di rantau orang amat kusyukuri. Ternyata firman ALLAH itu benar...SURAH AL HUJURAT..Masya ALLAH!
Hari-hari yang kulalui banyak mematangkan diri dalam membuat keputusan dan bertindak. Apa kata orang, CINTA ANTARA BENUA. Apa tidaknya, perkahwinan campur ini sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi. Aku jua banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan saudara baru dan perkahwinan . Jadi, apabila menghadapi masalah,cuba untuk mengatasinya melalui pengalaman orang lain dan mengadakan perbincangan dua hala dengan suami tersayang, diawal perkahwinan banyak kesan yg dihadapi antaranya seperti isu pertembungan budaya,cara hidup, makan namun aku yakin dan percaya toleransi bersendikan Syari’ah mampu menyelesaikan segalanya. Namun, apa yg penting, harus sentiasa berdoa kepaa Allah dan bertawakal.
Tambah menguatkan lagi keyakinanku pada Pencipta, kerana niat yang ikhlas dalam perkahwinan untuk mengembangkan Islam dibumi ini, lalu seringkali aku rasa terpujuk setiap kali menyingkap tafsir Al-Quran. Kisah Para Anbia dalam perjuangan dakwah mereka lebih besar ujiannya jika mahu dibandingkan usahaku ini. Kesyukuran kpanjatkan pada Allah selaku hambanya yang lemah. Tanpa kekuatan dari-NYA tak mungkin kisahku tercoret sebegini.
Gembira rasanya hati bila suami tercinta talah mampu mengimamkan solat fardhu kami secara berjemaah, banyak surah dari juzu Amma telah dihafaz suamiku. Alhamdulillah, suamiku jua secara terbuka melakukan perintah puasa zakat sepertimana muslim yang lain. Suamiku jua begitu menyenangi dengan budaya di Malaysia dan telah jatuh hati dengan makanannya jua. Serunding dan rendang menjadi makanan kegemarannya..
Segala Puji bagi ALLAH,genap tahun ketiga perkahwinanku, aku melahirkan zuriat pertama.Nyata suamiku orang yang paling tidak sabar dan girang menanti puteri sulung kami yang bernama Khawla Humairaa' . Sewaktu aku menyambut kelahiran bayi comelku. Aku telah menerima tetamu yang tidak disangka, setelah sekian lama kami berpisah membawa haluan masing-masing. Husna suatu masa dulu merupakan teman sebilikku telah datang menziarahiku, Masya-Allah.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya hatiku. Walaupun pemergian aku dulu dengan seribu satu kemaafan yang kuhulurkan, tapi hari yang bersejarah ini telah menyambungkan semula ukhwah antara kami yang sekian lama menyepi. Husna memohon maaf atas apa yang dilakukan kepadaku selama ini, temanku jua bangga dengan usaha dakwahku yang kiranya telah berjaya menjejak ke matlamatnya dalam menyebar luaskan Islam. Kami berpelukan dan menitiskan air mata saat dua hati ini ditemukan semula. Semoga setiap yang berlaku punya hikmah yang besar untuk Iman dan Islam…Segala puji bagi ALLAH!

Nukilan;
Nailah Mumtazah
7 April 2010
Shukran atas sokongan kalian.

Hikmah disebalik Taqdir ini...


catatan ini..
bermula...
Bayi comel ini mungkin tak mengerti ...
Apa itu Roda Kahidupan..
tak mengetahui...

Taqdir yang akan berlaku kepadanya....
Menentukan halatuju hidupnya..

Tapi "kita" insan dewasa..
pasti punya cita & misi..
perlu digapai dan mencapai..
Moga kita sentiasa mengingatkan diri kerdil ini,,
yang diselaputi virus dosa..
dalam memaknakan kehidupan..
perjalanan menuju MAHA Pencipta..
kerna
KHALIQ MAha Tahu segalanya tersirat & tersurat..
Menyingkap Tirai Hikmah Kehidupan..

Jumaat, 9 April 2010

KAU HADIR..

Musim berganti bermula seuntai perkenalan,

Restu orang tua kau utamakan,

Terserlah pegangan agamamu.

Sesejuk air gunung mengalir,

Kelembutamu mendepani kerenah anak,

Kesabaranmu bisa menyejukkan hati,

Ketegasanmu mendidik jiwa kecil itu,

Kesuma bergolak tika kedinginan melanda,

Rinduku padamu tak kunjung padam,

Memori segar saat bercanda.

Kau permata hati,

Ketenangan wajahmu pengubat derita,

Kecerdikanmu menarik hatiku,

Kaulah wanita ibu sejati.

By; Nailah Mumtazah

11.00pm KKTAZ

7 Feb 2010

Motivasi bg seorang insan..

Ayat2 tashji’ bagi seorang penulis..

“Tetapi diam bukanlah ubat kebah pada jiwa yang tidak tenteram. Nyatanya bagi orang yang berehat dengan menulis, selagi tulisan belum dilangsaikan, tiada rehat dan tiada tenteram untuk selimut malam.”

Mendidik bukan tugas yang mudah. Kesukarannya ibarat matahari berada di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan. Tersalah bawa, matahari akan membakar. Tetapi jika betul caranya bulan akan menyinari kehidupan bukan sahaja diri pendidik tersebut bahkan menyuluhi kegelapan insan yang diajari atau dididik.

Usaha menyampaikan ilmu bukan semudah menyuapkan nasi ke mulut seorang bayi yang akan menelan apa sahaja yang kita suapkan lalu mereka akan kenyang. Apa yang kita suapkan kepada pelajar akan dipertanggungjawabkan kelak di alam akhirat. Bahkan di alam fana' inipun, tanggungjawab akan tetap dipersoalkan apabila bibit-bibit penyelewengan berlaku dalam menyampaikan ilmu.

Tugas mendidik perlu pada ikhlas diri dan kejernihan minda mengutip dan menjelaskan kepada pelajar. Setiap titisan ilmu yang kita curahkan kepada pelajar adalah milik Allah semata. Titisan ilmu yang berjaya kita kutip dari ilmu Allah yang begitu luas hingga tidak mampu untuk kita menerokainya. Lantaran itu, jangankan sombong dengan ilmu dan pangkat, malah hendak mendabik dada bahawa kita golongan 'ilmuan' pun tidak layak sama sekali.

Renungan ini sekadar muhasabah buat diri dan pelajar-pelajar. Tuntutlah ilmu sebanyak mana untuk mencari kebenaran dan kehebatan ilmu Allah SWT. Agar kita akan merasai kekerdilan seorang insan.